To all

Jangan biarkan diri anda dalam kesedihan....ketawa lah selalu kerna...itu akan membuatkan anda lebih tenang.... :)

Monday, December 10, 2012

THE SPECIAL MEMORIES









Perjalanan pulang menuju ke kampung halaman (taman je pun) dengan memandu baby NBW yang sentiasa menemani setiap perjalanan ku kemana saja…
Ketika memandu kereta…hati ini ada berbagai rasa…yelah mana tak nye…semester ini merupakan semester akhir aku berada di polisas….

Sepanjang 3 jam aku memandu…ada banyak perkara yang menemani…pertamanya perasaan sedih la kan…tak tahu kenapa perpisahan kali ini benar-benar membuatkan aku sedih dan berat untuk lepaskan semua kenangan pahit manis bersama adik2,kakak2,pensyarah2 termasuklah semua yang ada @ polisas…
Aku pernah merasakan perasaan yang sama ketika waktu aku habis belajar dikolej dulu…tapi perasaan ketika itu mungkin lain sedikit…mungkin disebabkan tempat yang dekat…jadi aku pun boleh ulang alik berapa kali sekalipun ke kolej tu sebab setengah jam je dah boleh sampai dan kawan2 yang belajar dekat kolej pun kebanyakkan orang2 n9 jugak just 3 4 orang luar n9…tapi aku tetap ingat semua kenangan sewaktu belajar dikolej dulu…erh3 tak nak cerita pasal kolej..nanti bertambah rindu pulak kenangan waktu tu….
Aku rasa lah dekat polisas ni berlainan sikit,sebab tempat besar,member pun ramai,first time pulak aku duduk asrama,jauh dari rumah 3-4 jam..ada adik2 n kakak2 yang satu batch…so banyak variasi yang terbentuk dekat situ….

Ok..nak ceritakan mula2 aku sampai dekat polisas untuk first sem aku….hari pertama aku nak pergi daftar kat hep tu…berita sedih menghantui aku…(amboi kemain hantu2 pulak) aku diberitahu aku tidak boleh mendaftar disebabkan pointer aku bercanggah dengan permohonan aku…bukan aku seorang saje yang mengalamainya…tapi ada 3 4 orang lagi kes macam aku…hati aku masa itu bagai dirobek (hahah) sebab mungkin aku akan sangat terkilan kalau aku tak diterima masuk ke polisas!! Tapi orang2 hep tu macam memberikan peluang untuk aku masuk jugak,dia tempatkan aku dekat kamsis al-biruni untuk sementara permohonan aku diterima disebabkan aku datang jauh dari n9…hati aku masa itu sedikit lega…

Setibanya aku di kamsis al-biruni aku ditempatkan di bilik H007 bersama roommate ku qila (budak utara) yang sangat sweet hehe….keesokan harinya…pukul 8 pagi aku da terpacak dekat hep tu untuk aku dapatkan conformation samada aku diterima @ tidak? Yang menggeramkan aku,pihak atasan masih belum lagi membalas apa2 maklumat kepada hep@ aku…adakah aku diterima? Lepas itu pihak hep tu boleh pulak pergi breakfast dengan meninggalkan aku tanpa kata putus (just suruh aku tunggu je) ergghhh….hati membuak (bengang)..tanpa menghiraukan keadaan sekeliling aku pun terus menuju ke kamsis semula…bagi menyejukkan hati dan perasaan aku….upin ipin lah aku layan sebagai pengubatnya….boleh dikatakan banyak jugak aku download..

Dalam pukul 11.00am macam tu lah…aku macam tergerak hati nak pergi semula ke hep tu…setibanya aku disana….pihak hep tu Tanya “awak ada dapat panggilan ke?” aku pun cakap balik tak ada…saya yang datang sendiri…lepas tu barulah diorang pergi amik surat aku tu…dan berita gembira!! Yang aku telah pun diterima menjadi pelajar di polisas…..(perasaan gembira sangat jadi pelajar polisas ketika itu)…tanpa melengahkan masa aku pun terus pergi buat medical checkup seorang diri!!
Aku masuk ke kelas pada keesokan harinya…first class,aku terpaksa menebalkan muka untuk masuk ke kelas,coz aku jelah pelajar yang paling lambat masuk kelas tu..diorang semua tengok je aku….malu weh diorang pandang2…mesti diorang cakap sapelah budak tu kan..hahhah lama kelamaan aku pun da dapat menyesuaikan diri….

Kalau aku nak cerita setiap detik kenangan aku pun tak larat nak ingat semua part…hahaha jadi aku cerita sikit2 je k…orang2 first yang kira tegur aku dalam kelas tu Nasha,Zul n Fadil….lepas tu barulah budak2 bridging yang lain…budak2 kelas b ni da lame2 baru tegur…nak dijadikan cerita kami2 yang bridging ni diberitahu untuk berpecah kelas disebabkan salah satu kelas kami terlalu ramai sehingga menyebabkan pensyarah tak dapat nak mengajar dengan selesa…jadi PA bagi tahu dekat kami semua pilih siapa yang nak masuk kelas mana…lepas tu kami da siap decide…kami diberi undian untuk tentukan kelas mana dan akhirnya aku dikekalkan di kelas yang sama…masa tu hati pun lega…sebab aku dah rasa selesa dengan kelas seksyen b alhamdulillah tak ditukarkan ke kelas lain…selepas beberapa minggu seorang rakan kami telah pun berhenti atas sebab2 tertentu sehingga membuatkan aku sedih dan rasa putus asa sehingga aku rasa down sangat!! Tapi aku kuatkan hati aku untuk terus buktikan yang aku boleh buat…selagi aku tak cuba aku takkan Berjaya sehinggalah sekarang…dengan adanya kawan2 yang sentiasa memberi sokongan untuk kami sama2 berusaha dengan gigih walaupun ada kalanya sangat susah untuk melaluinya.

Ok now direct story setiap orang yang aku kenal….orang pertama yang bagi no telefon dekat aku kakak ain…mase tu siap cakap panggil ain je..tak yah kakak2 ni…hahaha tapi lama2 panggil kakak in jugak…dia ni baik orangnya,sangat2 care pasal adik2 dan kawan2 dia…karektor kakak sorang ni agak berlainan dengan orang lain sikit…aku pun tak tahu mana yang lainnya tapi memang ada….sepanjang kenal kak ain ni…rasa sangat happy sebab boleh dikatakan dialah tempat aku mengadu perasaan kalau aku rasa apa2 masalah or lain2 dan dia selalu ada untuk aku….sangat2 berterima kasih dekat dia sebab sudi berkongsi suka duka dengan miera….aku takkan pernah lupa dia untuk selama-lamanya sebab dia banyak beri nasihat…even kadang2 dia suka sangat bercerita tentang diri dia,keluarga dan macam2 lagi…kadang2 tu malas nak dengar (hahah kantoi sudah) tapi aku layan je sebab aku tahu semua yang dia cakap tu nasihat sebenarnya…walau apa2 pun aku tetap sayang sangat dekat dia!!! Jadi lepas ni jaga diri dan selamat maju jaya….in shaa Allah ada rezeki kita jumpa lagi…kalau ada kesempatan untuk sambung belajar sambung taw!! Dan paling penting kahwin jangan lupa ajak!! Sebab kak ain kan dah tempah miera…hahahah (koya) apa2 pun I will love you for ever and ever sis!!! Thanks to be part of my life…

Untuk orang kedua pulak,roommate dia pulak kak najwa….kalau korang nak taw kan…kak najwa ni sangat2 lah aktif didalam kelas sehingga pensyarah pun layan je dia..hahaha (betul tak apa aku cakap ni..hahah)…ha lupa pulak…kan kami dipecah kan ke 3 kelas kan…jadi aku dan kak najwa satu kelas…kak najwa ni tabiat dia suka bertannya dalam kelas..jadi apa2 suara yang keluar dalam kelas tu memang ada saja suara kak najwa ni…kak najwa la yang memeriahkan dan meriuhkan suasana didalam kelas..hehehe walaupun kadang2 persoalan @ jawapan yang diberi ada betul ade salah…lama kelamaan kami yang dalam kelas ni dah faham sangat da dengan kak najwa ni…suasana dalam kelas meriah dengan gelak ketawa kalau kak najwa ni ade..tapi yang paling membuatkan kitorang jadi rapat,kadang2 dia dan aku suka berkongsi cerita,tak kira la samada kalau ada masalah ke,gembira ke,gossip ke,tempat aku mengadu ke dan macam2 lagi…sebab dari start sem lagi aku memang selalu dengan dia…dan yang paling pasti dialah orang yang akan tunggu aku sebelum nak gerak ke kelas..hahha sebab aku sure paling lambat siap…maybe perpisahan haritu yang membuatkan aku sangat sedih dan aku peluk dia lama disebabkan aku sayang sangat dengan dia…dia umpama kakak aku…walaupun aku tak ada kakak…aku suka tiru gaya dia cakap..hihihi sebab kalau dia cakap pasti dengan nada dia tersendiri…dekat sini aku tak dapatlah nak tunjuk cara dia cakap kan..hahha sampai ada sekali odw nak balik seremban sambil ditemani baiya a.k.a harvind….dia tergelak2 hahha….bukan gaya kak najwa je aku tiru ramai lagi..hahah anyway sangat2 sayang dekat kak najwa!!!!! Hug3 n I will miss u…

Orang seterusnya pulak..badri @ bad a.k.a exroomate time short sem…badri ni orang kedah mai….aku kalau borak je dengan bad conform cakap utara lah….dia ni loqlaq weh…kalau tergelak susah nak stop haha…bad ni baik orangnya,..dia ni rajin orangnya kalau belajar…hihihi apa2 pun happy pernah 1 bilik dengan dia sebab dia sangatlah ceria perwatakannya…aku pun tak ada cerita pun nak dikongsikan sangat sebab dia baik orangnya…hahaha

Urmm…next adalah nasha giler!! Hahaha dia ni kan semua orang panggil dia (*****)…faham2 jelah…hihihi sebab dia ni kan sebenarnya susah sangat nak memahami diri dia macam mana….jadi aku ni berfikirlah jugak macam mana lah aku nak masuk dalam diri dia ni erk…sebab lepas je aku dah try untuk kenali dia akhirnya jumpalah cara yang berkesan….untuk kita faham nasha ni kita sendiri yang kena faham karakter dia dulu….sebab seriously siapa2 yang memang tak rapat dengan nasha ni bila pandang muka dia je semua cakap sombong dan takut nak tegur,baik adik2 or kakak2…hehhehe tapi kalau korang semua nak tahu nasha ni giler2 jugak orangnya…aku sure akan bergusti tarik2 rambut dengan dia bagi setiap sem…hahaha nak2 kan kalau time study week..hahaha just last sem ni je kitorang tak tarik menarik sebab nak focus (agaknya la…hahah)…ok dah alang2 cerita pasal nasha ni aku ceritakan terus pasal roommate dia iaitu…jeng333!!!! Kak farahiyah kharuddin!!! a.k.a OPAH HIYAH STYLE!! Hihihihi kalau korang nak tahu macam mana terwujudnya nama dia yang unik ni…ada satu hari tu aku tengok kak farah pakai selendang ala2 lion sikit..haha so aku tengok serabut je dia pakai(tapi tak adalah serabut mana pun) pastu terus je terkeluar perkataan opah…hahaha lepas2 tu barulah jadi opah hiyah style..hahah (jangan marah opah!!)…orait kak farah ni comey orangnya(comey ke??) hihihi sweet je…kadang2 tu suka jugak lah kacau dia…sebab dia layan je…dia ni lebih kurang ngek ngok jugak sama macam si nasha tu…last sem ni aku jadi jiran dia…aku dekat sebelah bilik hanya mampu mendengar mereka borak,meroyan!! Hahaha dengar nasha menyanyi(nak jadi macam aku jugak)….aku dengan kak farah ni rajin bebenor chat2 kat fb tu…hahaha time dia bila kitorang tidur lambat..hahhah ape lagi bergosip jemah lah!! Best je untuk mengenali kak farahiyah khairuddin ni...sebab dia baik…sampai tak bagi aku nangis2 last jumpa dia dekat tempat dia kerja before nak balik seremban..hahah nasib baik aku tak melalak depan orang ramai tu…aku tahan jelah even sebenarnya tangah menahan jugak dari menitiskan air mata…sekali lagi nak cakap sangat2 happy untuk kenal kakak hiyah!! Gud luck for your life ok…love you sis!!

The last part is……jeng3 calon2 nya adalah..dum33 kak cida dan kak b a.k.a mummy!!! Orait mula2…kak cida ni sweet sangat sebab dia ada lesung batu kat pipi..ahhaha mula2 kenal kak cida ni kan….serius muka memang kerek weh!! Tapi itu masa belum kenal dia betul2 lagi…aku pun risau jugak boleh ke aku masuk sekepala dengan kak cida ni kan….lama-kelamaan alhamdulilah akhirnya mudah faham perwatakaannya…. Dia suka jugak bagi nasihat…suka dengar dia jugak kalau bagi pandangan sesuatu perkara…kalau tidak mana dapat pegang jawatan tertinggi kelab kan..ahhaha sejujurnya kak cida lah orang pertama yang perwatakannya lain daripada yang miera kenal sebelum ni….jadi agak special disitu yea..hahaha urmm kak balkin @ dikenali sebagai kak b….orangnya comel sangat,penyokong yang kuat,tempat manja2..hihihi sebab tu lah dia jadi mummy saya dekat poli…dia ni banyak idea tentang sesuatu perkara, contoh macam kalau nak organize sesuatu majlis ke, aktiviti ke, dan macam2 lagi lah…kalau masak kami study week, kami semua suka tanya2 soalan la kan…dan kak b akan tanya soalan yang diluar kotak bank soalan peperiksaan..hahahah padahal dalam kertas final tak masuk langsung…tapi itulah kak b yang mempunyai akal fikiran yang luas dan terbuka cewaaahhhh ayat…ahhahah lepas ni tak tahulah dapat jumpa kak b atau tak lagi, sebab dia nak balik Australia menuju kebahagiaan disamping keluarga tercinta…hihihihi (aku akan pergi jugak sana nanti!!) kak b ni pernah jadi housemate miera kan…mungkin sebab itu kita menjadi lebih rapat…mana taknya akak2 birdging semua ni bukan dari kolej aku pun…aku seorang jela dari KKJU…yang lain ada la jugak kawan yang sama kolej…owh lupa pulak….thanks juga sebab tolong jagakan baby kita NBW taw!!!! Sangat2 berterima kasih yang tak terhingga sebab sudi merawat baby NBW sepanjang 1 semester…heheh dan akhirnya setelah diajar oleh kak cida, kak b sudah power bawa kereta MANUAL!!! Ahhahahah bagus, good job…ahahah lepas ni tak ada masalah dah nak drive kereta manual kan….buat terakhir kali untuk kak cida dan kak b…I will always love you so much!!!!! Don’t forget me sistar!!

Buat fadil a.k.a kutak ai…teruskan usaha untuk tamatkan diploma anda ok….semoga Berjaya dengan cemerlang….berjuang sehabis mungkin ok?!! Semoga ketemu semula kelak….choyyyy hihihihii

Untuk rakan2 bridging yang lain yang telah meneruskan kerjaya masing2 sebelum kami semua tamat diploma iaitu….kak as dan zul kerja elok2…kahwin jangan lupa ajak!!! Kalau ada lubang2 kerja….rajin2 la roger yea…hehehe

Semester 5 adalah semester yang sangat bahagian yang aku rasakan….dengan adanya rakan2 yang sentiasa menyokong dan memberi dorongan untuk terus bersemangat untuk belajar,mengulangkaji bersama2,susah senang bersama,jatuh bangkit kembali dan untuk segala-galanya….ini adalah detik memori dan saat yang tidak mungkin dapat dilupakan (kecuali hilang ingatan lah…hihi). Sangat2 bertuah kerana mempunyai rakan.kakak,abang dan adik yang begitu mengambil berat dan sentiasa ada diwaktu senang dan sudah….terima kasih yang tidak terhingga kepada semua sebab selama ini melayani kerenah saya yang giler ni dan sentiasa menyokong apa jua yang terjadi terhadap saya….syukur Alhamdulillah sebab kamu semua adalah rakan yang tidak ternilai….diakhir semester kita semua menjadi rapat kerana itu tandanya kita akan berpisah….kerana itu sudah menjadi lumrah pertalian manusia sebab setiap manusia pasti ada kehidupan masing2…tetapi itu tidak bermakna kita terpisah buat selamanya kan….jaga diri dan semoga berbahagian sentiasa…

Buat rakan2 ku, kakak2 dan adik2…..kak najwa, kak ain, kak farah, kak cida, kak b, nasha, badri, fadil, atikah latif, dila, huda, ifa, sarah, yati, farah hanani, kiera, rai, suha, nana, fatin, fida, elly pop, suzi, tokoh, pororo, ‘amira syahirah, bella, ila, izzati, effa, bea, paejah, bie, ekin, shalini, malini, sheba, harvind, liz, pei yee, cloyee…fuhhhh payah nak ingat semua nama macam ni..hihih dan untuk semua yang tak disebut, terima kasih banyak2 kerana menjadi rakan saya sepanjang perkenalan kita bersama….sesungguh anda semua adalah yang terbaik dikalangan yang terbaik dan paling penting!!!!! Saya sayang anda semua dunia akhirat…

Penat dah mengeledah memori otak ni untuk ingat balik detik2 suka duka zaman menjadi pelajar dipolisas ni….walaupun baru 2 minggu saja meninggalkan tempat yang penuh bersejarah itu….ok lah aku pun tak ada dah idea nak berleter panjang (walaupunnn dah panjang berjela dah membebel..hihi)

Salam sayang dan rindu buat ~ k a w a n k a w a n t e r c I n t a ~


MIERA REAL