To all

Jangan biarkan diri anda dalam kesedihan....ketawa lah selalu kerna...itu akan membuatkan anda lebih tenang.... :)

Friday, December 9, 2011

Jiwa Kau!!

Assalamualikum kawan2 ku sekalian.....apa khabar?? aku khabar tak sihat...aku baru baik dari demam...tapi tak berapa nak baik sangat la...sebab kadang badan ni panas pulak...tapi aku sekarang dah semakin stabil..hehehe biasa lah musim sekarang ni kan...dengan cuaca yang tak menentu,kejap panas..kejap hujan...nak2 kan sekarang kan musim banjir..jadi cuaca dibumi sekarang agak terganggu....tapi nak buat macam mana,dah Dia tentukan semuanya kan....kita sebagai hambaNya perlulah kuatkan semangat dan teruskan kehidupan kita didunia ni....walaupun perit jugak untuk laluinya.Lebih2 lagi kepada semua mangsa2 banjir..tidak kiralah dekat mana pun bencana itu berlaku....
urm..ok2 aku nak tanya....apa yang ada dalam jiwa korang?? as a human....jiwa itu penting untuk kita menyelaminya kan??..apa yang tersirat bagi setiap yang kita bayangkan....agree with me??


Bagi aku la...jiwa kita sensitif...tetapi kita selalu akan mempersoalkan samada jiwa lelaki dengan wanita mana satu kah yang lebih kuat,lemah,cepat marah,sensitif,care,soul or others.....tapi aku percaya kenapa Dia beri jiwa seseorang itu seperti apa yang aku cakapkan tadi....aku tak nak bercerita mengenai orang lain..tapi aku nak bercerita mengenai diri aku sendiri....mungkin belum ramai yang mengenali aku secare dalam...tapi korang percaya tak kalau aku suruh korang tanya dekat sape2 yang kenal aku cakap aku gile?? hahhaha tu korang kena lah tanya sendiri ye..hihihii :P


Aku ni walaupun nampak ganas,kasar,rock gitu...tapi aku tak malu mengatakan yang jiwa aku ni sensitif!!!
ye...bila kita sensitif mesti asyik nak menangis je keje kan....mungkin sesetengah orang macam aku akan melepaskan perasan dengan cara sebegitu.....kalau tak percaya pergi la tanya diorang...hehehe kalau nak katalah kan....jiwa aku ni macam mana sebenarnye ye...urmmm aku bukan jenis yang suka memberontak...tapi jiwa aku ni kalau aku nak sesuatu tu aku akan cuba dapatkan....bila aku dapat aku takkan sia2 kan....tapi kalau tak dapat jugak..aku berserah sajalah....mungkin aku tidak ditakdirkan untuk mendapatkannya...tapi kita jangan salahkan takdir pulak taw kawan2...sebaliknya kita redha dan bersyukur...sebab mungkin Dia akan memberikan sesuatu yang terbaik untuk kita...itulah dinamakan HIKMAH....pasti ada baik dan buruknya....


ok lah...aku pun malas nak berceloteh panjang2....hidung ni pun kejap2 meleleh..hihihi masa untuk makan ubat....jumpe anda di lain waktu ye....
da~~~~


Monday, December 5, 2011

Keistimewaan Wanita

Korang...aku sangat berbangga dan bersyukur apabila aku dilahirkan sebagai perempuan@wanita di dunia ini...korang macam mana?? aku tulis ni pun...sebab terfikir seketika pengorbanan keluarga...lebih2 lagi seorang insan yang bergelar ibu,mak,umie,mama....Apakah keistimewaan wanita ini?? mari kita selami bersama2....


~Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : “Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.” 


~Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.


~Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


~Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. 


~Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca “Alhamdulillahi’ alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah”. Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.”; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa’ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.


Ya Allah...betapa Engkau telah meletakkan seorang wanita itu ditempat yang mulia disisiMu....mari kita selami erti kemuliaan yang diberikan ini wahai kawan2 ku...


~Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.


~Dari ‘Aisyah r.ha. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka.”


~Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.


~Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.


~Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun).


~Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


~Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.


~Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.


~Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yang diberikannya.Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.


Itulah sedikit sebanyak info yang dapat dikongsikan bersama....aku dapat info ni pun dari mak kesayangan aku sendiri...mak adalah inspirasi hidupku didunia dan diakhirat kelak...terima kasih mak kerana berkorban untukku..


ikhlas dari...






 Miera Real

Renung-renungkan dan selamat beramal



Kenikmatan yang ada didalam ayat al-Quran ini akan membuatkan diri kita ini terdidik secara tidak langsung...dengan secara ini juga kita dapat merapatkan lagi diri kita denganNya Allah SWT...kadang2 kita tak tahu apa kebaikan yang ada disebalik ayat2 al-Quran...disini ada salah satu iaitu surah:-


AL-FATIHAH...


1) Baca 14 kali sebelum tidur - Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu.


2) Baca 41 kali tiup dalam  air dan minum serta buat air  mandian. - Melepaskan rasa sakit dalaman.


3) Baca 7 kali dan usap di kepalasetiap pagi dan sekali sebelum tidur. Kepada orang berpenyakit mental.


4) Baca 3 kali tiup dalam segelas air,minum dan baca sambil mengusap kawasan  yang rasa sakit. - Sakit yang keterlaluan.
   


5) Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala. - Bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa.


6) Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut)  kemudian sapu kepada tempat yang sakit. Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu.
                        
    
SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK  KEPADA SEMUA.





Sunday, December 4, 2011

New Hobies

Assalamualikum......cuti2 ni korang buat ape?? adoiii...borink da aku ni duduk kat rumah ni....bukan sebab tak ade buat ape2...cume aku nak buat sesuatu yang mencabar...aku tak nak la asal duduk dekat rumah je...0n9...makan...tidur...tu jela aku buat hari2 kalau duduk dekat rumah ni...tapi adela skali skali aku pergi kenduri,jalan2 pergi rumah sedare....tengok member main boling...kalau aku nak main...shuhhhh...memang tak la kan kalau duitnya enggak ada...hahahha bila orang ajak keluar..urmmm ada hal la....malas la nak keluar...khakha padahal aku tengah sengkek..hihihi biasa la tuh nama pun student kan....bila cuti je....poket kosong....kalau nak keluar skali pun....sure lah keluar ngan family je...sebab tak payah nak kene keluarkan duit..hahahha pandai budak2 sekarang kan.....jadi korang nak taw aku buat apa time2 cuti ni..... meh sini aku nak share sikit rutin aku time cuti ni.......jommmmmm 


salah satu lagu yang aku practise (aku memang minat Taylor Swift)

haa.....ni lah rutin aku time PolyBreak ni...aku ni berangan nak perform singing sambil playing guitar...jadi aku belajar la main gitar....aku tak dela pro pun macam najwa latif tuh....but i'm try to be like her....yang pandai main gitar sambil menyanyi.....banyak jugaklah lagu aku try....ok lah aku berpuas hati jugak dapat main....aku nak pergi kelas memang aku tak mampu nak bayar yuran kelas kan...so aku take the opportunity  untuk belajar dari you tube....so korang2 yang memang ada minat nak belajar main gitar kan...korang boleh belajar follow dari youtube....tapi sebelum tu korang kene la belajar cord2 dia dulu taw....kalau tak tahu cord dia memang hancus la bunyi dia kan...hihihii tapi aku nak cakap..mula2 korang main,jari korang memang akan sakit....itu perkara biasa...aku ni da sakit2 pun tetap hentam gak jari aku...kesian jari2 ku ini...tapi tak pelah sayang kan....jariku ini lah yang membuatkan aku bangga memiliki mu..hehehhe
So you guys...meh follow rutin aku ni....sure korang takkan bosan....korang akan rasa teruja bila dah pandai main gitar...gud luck untuk korang ok....try and feel it!!! 








                Miera Real