THE SPECIAL MEMORIES
Perjalanan
pulang menuju ke kampung halaman (taman je pun) dengan memandu baby NBW yang
sentiasa menemani setiap perjalanan ku kemana saja…
Ketika
memandu kereta…hati ini ada berbagai rasa…yelah mana tak nye…semester ini
merupakan semester akhir aku berada di polisas….
Sepanjang
3 jam aku memandu…ada banyak perkara yang menemani…pertamanya perasaan sedih la
kan…tak tahu kenapa perpisahan kali ini benar-benar membuatkan aku sedih dan
berat untuk lepaskan semua kenangan pahit manis bersama adik2,kakak2,pensyarah2
termasuklah semua yang ada @ polisas…
Aku
pernah merasakan perasaan yang sama ketika waktu aku habis belajar dikolej
dulu…tapi perasaan ketika itu mungkin lain sedikit…mungkin disebabkan tempat
yang dekat…jadi aku pun boleh ulang alik berapa kali sekalipun ke kolej tu
sebab setengah jam je dah boleh sampai dan kawan2 yang belajar dekat kolej pun
kebanyakkan orang2 n9 jugak just 3 4 orang luar n9…tapi aku tetap ingat semua
kenangan sewaktu belajar dikolej dulu…erh3 tak nak cerita pasal kolej..nanti
bertambah rindu pulak kenangan waktu tu….
Aku
rasa lah dekat polisas ni berlainan sikit,sebab tempat besar,member pun
ramai,first time pulak aku duduk asrama,jauh dari rumah 3-4 jam..ada adik2 n
kakak2 yang satu batch…so banyak variasi yang terbentuk dekat situ….
Ok..nak
ceritakan mula2 aku sampai dekat polisas untuk first sem aku….hari pertama aku
nak pergi daftar kat hep tu…berita sedih menghantui aku…(amboi kemain hantu2
pulak) aku diberitahu aku tidak boleh mendaftar disebabkan pointer aku
bercanggah dengan permohonan aku…bukan aku seorang saje yang mengalamainya…tapi
ada 3 4 orang lagi kes macam aku…hati aku masa itu bagai dirobek (hahah) sebab
mungkin aku akan sangat terkilan kalau aku tak diterima masuk ke polisas!! Tapi
orang2 hep tu macam memberikan peluang untuk aku masuk jugak,dia tempatkan aku
dekat kamsis al-biruni untuk sementara permohonan aku diterima disebabkan aku
datang jauh dari n9…hati aku masa itu sedikit lega…
Setibanya
aku di kamsis al-biruni aku ditempatkan di bilik H007 bersama roommate ku qila
(budak utara) yang sangat sweet hehe….keesokan harinya…pukul 8 pagi aku da
terpacak dekat hep tu untuk aku dapatkan conformation samada aku diterima @
tidak? Yang menggeramkan aku,pihak atasan masih belum lagi membalas apa2
maklumat kepada hep@ aku…adakah aku diterima? Lepas itu pihak hep tu boleh
pulak pergi breakfast dengan meninggalkan aku tanpa kata putus (just suruh aku
tunggu je) ergghhh….hati membuak (bengang)..tanpa menghiraukan keadaan
sekeliling aku pun terus menuju ke kamsis semula…bagi menyejukkan hati dan
perasaan aku….upin ipin lah aku layan sebagai pengubatnya….boleh dikatakan
banyak jugak aku download..
Dalam
pukul 11.00am macam tu lah…aku macam tergerak hati nak pergi semula ke hep
tu…setibanya aku disana….pihak hep tu Tanya “awak ada dapat panggilan ke?” aku
pun cakap balik tak ada…saya yang datang sendiri…lepas tu barulah diorang pergi
amik surat aku tu…dan berita gembira!! Yang aku telah pun diterima menjadi
pelajar di polisas…..(perasaan gembira sangat jadi pelajar polisas ketika itu)…tanpa
melengahkan masa aku pun terus pergi buat medical checkup seorang diri!!
Aku
masuk ke kelas pada keesokan harinya…first class,aku terpaksa menebalkan muka
untuk masuk ke kelas,coz aku jelah pelajar yang paling lambat masuk kelas
tu..diorang semua tengok je aku….malu weh diorang pandang2…mesti diorang cakap
sapelah budak tu kan..hahhah lama kelamaan aku pun da dapat menyesuaikan diri….
Kalau
aku nak cerita setiap detik kenangan aku pun tak larat nak ingat semua
part…hahaha jadi aku cerita sikit2 je k…orang2 first yang kira tegur aku dalam
kelas tu Nasha,Zul n Fadil….lepas tu barulah budak2 bridging yang lain…budak2
kelas b ni da lame2 baru tegur…nak dijadikan cerita kami2 yang bridging ni
diberitahu untuk berpecah kelas disebabkan salah satu kelas kami terlalu ramai
sehingga menyebabkan pensyarah tak dapat nak mengajar dengan selesa…jadi PA
bagi tahu dekat kami semua pilih siapa yang nak masuk kelas mana…lepas tu kami
da siap decide…kami diberi undian untuk tentukan kelas mana dan akhirnya aku
dikekalkan di kelas yang sama…masa tu hati pun lega…sebab aku dah rasa selesa
dengan kelas seksyen b alhamdulillah tak ditukarkan ke kelas lain…selepas
beberapa minggu seorang rakan kami telah pun berhenti atas sebab2 tertentu
sehingga membuatkan aku sedih dan rasa putus asa sehingga aku rasa down
sangat!! Tapi aku kuatkan hati aku untuk terus buktikan yang aku boleh
buat…selagi aku tak cuba aku takkan Berjaya sehinggalah sekarang…dengan adanya
kawan2 yang sentiasa memberi sokongan untuk kami sama2 berusaha dengan gigih
walaupun ada kalanya sangat susah untuk melaluinya.
Ok
now direct story setiap orang yang aku kenal….orang pertama yang bagi no
telefon dekat aku kakak ain…mase tu siap cakap panggil ain je..tak yah kakak2
ni…hahaha tapi lama2 panggil kakak in jugak…dia ni baik orangnya,sangat2 care
pasal adik2 dan kawan2 dia…karektor kakak sorang ni agak berlainan dengan orang
lain sikit…aku pun tak tahu mana yang lainnya tapi memang ada….sepanjang kenal
kak ain ni…rasa sangat happy sebab boleh dikatakan dialah tempat aku mengadu
perasaan kalau aku rasa apa2 masalah or lain2 dan dia selalu ada untuk
aku….sangat2 berterima kasih dekat dia sebab sudi berkongsi suka duka dengan
miera….aku takkan pernah lupa dia untuk selama-lamanya sebab dia banyak beri
nasihat…even kadang2 dia suka sangat bercerita tentang diri dia,keluarga dan
macam2 lagi…kadang2 tu malas nak dengar (hahah kantoi sudah) tapi aku layan je
sebab aku tahu semua yang dia cakap tu nasihat sebenarnya…walau apa2 pun aku
tetap sayang sangat dekat dia!!! Jadi lepas ni jaga diri dan selamat maju
jaya….in shaa Allah ada rezeki kita jumpa lagi…kalau ada kesempatan untuk
sambung belajar sambung taw!! Dan paling penting kahwin jangan lupa ajak!!
Sebab kak ain kan dah tempah miera…hahahah (koya) apa2 pun I will love you for
ever and ever sis!!! Thanks to be part of my life…
Untuk
orang kedua pulak,roommate dia pulak kak najwa….kalau korang nak taw kan…kak
najwa ni sangat2 lah aktif didalam kelas sehingga pensyarah pun layan je
dia..hahaha (betul tak apa aku cakap ni..hahah)…ha lupa pulak…kan kami dipecah
kan ke 3 kelas kan…jadi aku dan kak najwa satu kelas…kak najwa ni tabiat dia
suka bertannya dalam kelas..jadi apa2 suara yang keluar dalam kelas tu memang
ada saja suara kak najwa ni…kak najwa la yang memeriahkan dan meriuhkan suasana
didalam kelas..hehehe walaupun kadang2 persoalan @ jawapan yang diberi ada
betul ade salah…lama kelamaan kami yang dalam kelas ni dah faham sangat da
dengan kak najwa ni…suasana dalam kelas meriah dengan gelak ketawa kalau kak najwa
ni ade..tapi yang paling membuatkan kitorang jadi rapat,kadang2 dia dan aku
suka berkongsi cerita,tak kira la samada kalau ada masalah ke,gembira ke,gossip
ke,tempat aku mengadu ke dan macam2 lagi…sebab dari start sem lagi aku memang
selalu dengan dia…dan yang paling pasti dialah orang yang akan tunggu aku
sebelum nak gerak ke kelas..hahha sebab aku sure paling lambat siap…maybe
perpisahan haritu yang membuatkan aku sangat sedih dan aku peluk dia lama
disebabkan aku sayang sangat dengan dia…dia umpama kakak aku…walaupun aku tak
ada kakak…aku suka tiru gaya dia cakap..hihihi sebab kalau dia cakap pasti
dengan nada dia tersendiri…dekat sini aku tak dapatlah nak tunjuk cara dia
cakap kan..hahha sampai ada sekali odw nak balik seremban sambil ditemani baiya
a.k.a harvind….dia tergelak2 hahha….bukan gaya kak najwa je aku tiru ramai
lagi..hahah anyway sangat2 sayang dekat kak najwa!!!!! Hug3 n I will miss u…
Orang
seterusnya pulak..badri @ bad a.k.a exroomate time short sem…badri ni orang
kedah mai….aku kalau borak je dengan bad conform cakap utara lah….dia ni loqlaq
weh…kalau tergelak susah nak stop haha…bad ni baik orangnya,..dia ni rajin
orangnya kalau belajar…hihihi apa2 pun happy pernah 1 bilik dengan dia sebab
dia sangatlah ceria perwatakannya…aku pun tak ada cerita pun nak dikongsikan
sangat sebab dia baik orangnya…hahaha
Urmm…next
adalah nasha giler!! Hahaha dia ni kan semua orang panggil dia (*****)…faham2
jelah…hihihi sebab dia ni kan sebenarnya susah sangat nak memahami diri dia
macam mana….jadi aku ni berfikirlah jugak macam mana lah aku nak masuk dalam
diri dia ni erk…sebab lepas je aku dah try untuk kenali dia akhirnya jumpalah
cara yang berkesan….untuk kita faham nasha ni kita sendiri yang kena faham
karakter dia dulu….sebab seriously siapa2 yang memang tak rapat dengan nasha ni
bila pandang muka dia je semua cakap sombong dan takut nak tegur,baik adik2 or
kakak2…hehhehe tapi kalau korang semua nak tahu nasha ni giler2 jugak
orangnya…aku sure akan bergusti tarik2 rambut dengan dia bagi setiap sem…hahaha
nak2 kan kalau time study week..hahaha just last sem ni je kitorang tak tarik
menarik sebab nak focus (agaknya la…hahah)…ok dah alang2 cerita pasal nasha ni
aku ceritakan terus pasal roommate dia iaitu…jeng333!!!! Kak farahiyah
kharuddin!!! a.k.a OPAH HIYAH STYLE!! Hihihihi kalau korang nak tahu macam mana
terwujudnya nama dia yang unik ni…ada satu hari tu aku tengok kak farah pakai
selendang ala2 lion sikit..haha so aku tengok serabut je dia pakai(tapi tak
adalah serabut mana pun) pastu terus je terkeluar perkataan opah…hahaha lepas2
tu barulah jadi opah hiyah style..hahah (jangan marah opah!!)…orait kak farah
ni comey orangnya(comey ke??) hihihi sweet je…kadang2 tu suka jugak lah kacau
dia…sebab dia layan je…dia ni lebih kurang ngek ngok jugak sama macam si nasha
tu…last sem ni aku jadi jiran dia…aku dekat sebelah bilik hanya mampu mendengar
mereka borak,meroyan!! Hahaha dengar nasha menyanyi(nak jadi macam aku
jugak)….aku dengan kak farah ni rajin bebenor chat2 kat fb tu…hahaha time dia
bila kitorang tidur lambat..hahhah ape lagi bergosip jemah lah!! Best je untuk
mengenali kak farahiyah khairuddin ni...sebab dia baik…sampai tak bagi aku
nangis2 last jumpa dia dekat tempat dia kerja before nak balik seremban..hahah
nasib baik aku tak melalak depan orang ramai tu…aku tahan jelah even sebenarnya
tangah menahan jugak dari menitiskan air mata…sekali lagi nak cakap sangat2
happy untuk kenal kakak hiyah!! Gud luck for your life ok…love you sis!!
The last
part is……jeng3 calon2 nya adalah..dum33 kak cida dan kak b a.k.a mummy!!! Orait
mula2…kak cida ni sweet sangat sebab dia ada lesung batu kat pipi..ahhaha mula2
kenal kak cida ni kan….serius muka memang kerek weh!! Tapi itu masa belum kenal
dia betul2 lagi…aku pun risau jugak boleh ke aku masuk sekepala dengan kak cida
ni kan….lama-kelamaan alhamdulilah akhirnya mudah faham perwatakaannya…. Dia suka
jugak bagi nasihat…suka dengar dia jugak kalau bagi pandangan sesuatu perkara…kalau
tidak mana dapat pegang jawatan tertinggi kelab kan..ahhaha sejujurnya kak cida
lah orang pertama yang perwatakannya lain daripada yang miera kenal sebelum ni….jadi
agak special disitu yea..hahaha urmm kak balkin @ dikenali sebagai kak b….orangnya
comel sangat,penyokong yang kuat,tempat manja2..hihihi sebab tu lah dia jadi
mummy saya dekat poli…dia ni banyak idea tentang sesuatu perkara, contoh macam
kalau nak organize sesuatu majlis ke, aktiviti ke, dan macam2 lagi lah…kalau masak
kami study week, kami semua suka tanya2 soalan la kan…dan kak b akan tanya
soalan yang diluar kotak bank soalan peperiksaan..hahahah padahal dalam kertas
final tak masuk langsung…tapi itulah kak b yang mempunyai akal fikiran yang
luas dan terbuka cewaaahhhh ayat…ahhahah lepas ni tak tahulah dapat jumpa kak b
atau tak lagi, sebab dia nak balik Australia menuju kebahagiaan disamping
keluarga tercinta…hihihihi (aku akan pergi jugak sana nanti!!) kak b ni pernah
jadi housemate miera kan…mungkin sebab itu kita menjadi lebih rapat…mana taknya
akak2 birdging semua ni bukan dari kolej aku pun…aku seorang jela dari KKJU…yang
lain ada la jugak kawan yang sama kolej…owh lupa pulak….thanks juga sebab
tolong jagakan baby kita NBW taw!!!! Sangat2 berterima kasih yang tak terhingga
sebab sudi merawat baby NBW sepanjang 1 semester…heheh dan akhirnya setelah
diajar oleh kak cida, kak b sudah power bawa kereta MANUAL!!! Ahhahahah bagus,
good job…ahahah lepas ni tak ada masalah dah nak drive kereta manual kan….buat
terakhir kali untuk kak cida dan kak b…I will always love you so much!!!!! Don’t
forget me sistar!!
Buat
fadil a.k.a kutak ai…teruskan usaha untuk tamatkan diploma anda ok….semoga Berjaya
dengan cemerlang….berjuang sehabis mungkin ok?!! Semoga ketemu semula kelak….choyyyy
hihihihii
Untuk
rakan2 bridging yang lain yang telah meneruskan kerjaya masing2 sebelum kami
semua tamat diploma iaitu….kak as dan zul kerja elok2…kahwin jangan lupa
ajak!!! Kalau ada lubang2 kerja….rajin2 la roger yea…hehehe
Semester
5 adalah semester yang sangat bahagian yang aku rasakan….dengan adanya rakan2
yang sentiasa menyokong dan memberi dorongan untuk terus bersemangat untuk
belajar,mengulangkaji bersama2,susah senang bersama,jatuh bangkit kembali dan
untuk segala-galanya….ini adalah detik memori dan saat yang tidak mungkin dapat
dilupakan (kecuali hilang ingatan lah…hihi). Sangat2 bertuah kerana mempunyai
rakan.kakak,abang dan adik yang begitu mengambil berat dan sentiasa ada diwaktu
senang dan sudah….terima kasih yang tidak terhingga kepada semua sebab selama
ini melayani kerenah saya yang giler ni dan sentiasa menyokong apa jua yang
terjadi terhadap saya….syukur Alhamdulillah sebab kamu semua adalah rakan yang
tidak ternilai….diakhir semester kita semua menjadi rapat kerana itu tandanya kita
akan berpisah….kerana itu sudah menjadi lumrah pertalian manusia sebab setiap
manusia pasti ada kehidupan masing2…tetapi itu tidak bermakna kita terpisah
buat selamanya kan….jaga diri dan semoga berbahagian sentiasa…
Buat
rakan2 ku, kakak2 dan adik2…..kak najwa, kak ain, kak farah, kak cida, kak b, nasha,
badri, fadil, atikah latif, dila, huda, ifa, sarah, yati, farah hanani, kiera,
rai, suha, nana, fatin, fida, elly pop, suzi, tokoh, pororo, ‘amira syahirah,
bella, ila, izzati, effa, bea, paejah, bie, ekin, shalini, malini, sheba,
harvind, liz, pei yee, cloyee…fuhhhh payah nak ingat semua nama macam ni..hihih
dan untuk semua yang tak disebut, terima kasih banyak2 kerana menjadi rakan
saya sepanjang perkenalan kita bersama….sesungguh anda semua adalah yang
terbaik dikalangan yang terbaik dan paling penting!!!!! Saya sayang anda semua
dunia akhirat…
Penat
dah mengeledah memori otak ni untuk ingat balik detik2 suka duka zaman menjadi
pelajar dipolisas ni….walaupun baru 2 minggu saja meninggalkan tempat yang
penuh bersejarah itu….ok lah aku pun tak ada dah idea nak berleter panjang
(walaupunnn dah panjang berjela dah membebel..hihi)
MIERA REAL
ngis sy membace nyew...... miss u so much la dik...walaupun kite ad kalanya gaduh...but we still a frndz right..... <3
ReplyDeletekakak!!!!!!!!! yeah gaduh tula yg membuatkan kite lebih rapat kan....tke care taw kak...jumpe kat konvo nnt taw
Deletekak miera .. rindunye :(
ReplyDeletemaaf klau ada salah silap k ...
kira...miss u too dear little sis....same la..maaf jugak taw if ade wat kira terasa hati k...
Deleterindu kat kak mira, serius!!! hahahha :)
ReplyDelete