To all

Jangan biarkan diri anda dalam kesedihan....ketawa lah selalu kerna...itu akan membuatkan anda lebih tenang.... :)

Monday, December 5, 2011

Keistimewaan Wanita

Korang...aku sangat berbangga dan bersyukur apabila aku dilahirkan sebagai perempuan@wanita di dunia ini...korang macam mana?? aku tulis ni pun...sebab terfikir seketika pengorbanan keluarga...lebih2 lagi seorang insan yang bergelar ibu,mak,umie,mama....Apakah keistimewaan wanita ini?? mari kita selami bersama2....


~Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : “Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.” 


~Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.


~Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


~Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. 


~Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca “Alhamdulillahi’ alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah”. Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.”; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa’ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.


Ya Allah...betapa Engkau telah meletakkan seorang wanita itu ditempat yang mulia disisiMu....mari kita selami erti kemuliaan yang diberikan ini wahai kawan2 ku...


~Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.


~Dari ‘Aisyah r.ha. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka.”


~Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.


~Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.


~Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun).


~Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


~Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.


~Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.


~Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yang diberikannya.Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.


Itulah sedikit sebanyak info yang dapat dikongsikan bersama....aku dapat info ni pun dari mak kesayangan aku sendiri...mak adalah inspirasi hidupku didunia dan diakhirat kelak...terima kasih mak kerana berkorban untukku..


ikhlas dari...






 Miera Real

2 comments: